KESULITAN YANG DIPERMUDAHKAN






:عَنِ ابْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ
.إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِيْ عَنْ أُمَّتِي : الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

(رواه ابن ماجة والبيهقي)
MAKSUDNYA:
"Sesungguhnya Allah telah memaafkan (demi kerana aku -yakni Rasulullah 
SAW-) dari ummatku akan perkara yang dilakukan kerana tersilap, terlupa 
dan perkara yang dipaksa keatas mereka."

(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi) 
 
Ibn Hajar al-Haitani berkata: ""Hadis ini mempunyai manfaat ynag menyeluruh 
kerana terdapat tiga perkara yang dibicarakan di dalam hadis ini sering 
dijumpai dalam semua masalah fiqah."

Semua perkara terbahagi kepada dua:

  1. Sengaja
  2. Tidak sengaja (merangkumi perkara yang keliru akannya, terlupa, atau dipaksa) 


Hadis ini menjelaskan perbuatan manusia yang dilakukan secara tidak sengaja dilakukan tidak dikira sebagai dosa.

Allah ta’ala mengutamakan umat nabi Muhammad dengan menghilangkan berbagai kesulitan dan memaafkan dosa kesalahan akibat silap, lupa dan juga terpaksa. 
“…Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami terlupa atau tersilap…” (al-Baqarah:286) 
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman, kecuali orang yang dipaksa sedangkan hatinya tenang dan tenteram dengan iman…” (an-Nahl: 106)

  • Ada beberapa perkara yang tidak dimaafkan  begitu saja. Misalnya seseorang melihat najis pada pakaiannya akan tetapi dia mengabaikan atau menangguh untuk menyuci najis tersebut, lalu dia solat dengannya (dengan najis tersebut) kerana lupa (lupa untuk menyuci najis tersebut sebelumnya), maka wajib baginya mengqhada solatnya. Cth lain. 
  • Jika terlupa berwudhuk untuk solat dengan sangkaan diri sudah suci, maka tidak berdosa.  
  • Jika terlupa membaca bismillah ketika menyembelih, jumhur mengatakan sembelihan itu sah. 
  • Jika tertinggal solat dengan sebab terlupa atau tertidur, dimaafkan akan tetapi wajib bagi individu untuk mengqadha’ solatnya.
  •  
     untuk huraian lanjutHERE & HERE

    REFERENCE: ZAHAZAN, M. MUHAMMAD, Z., HADIS 40 IMAM NAWAWI.




    No comments:

    Post a Comment