MELAKUKAN KERJA YANG BERMANFAAT
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله
.عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ
(رواه الترمذي)
MAKSUDNYA:
"Sebahagian daripada tanda baiknya (berkualiti) keislaman seseorang ialah
meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya."
(Riwayat Al-Tarmizi)
Abu Dzar ada berkata
"Sesiapa yang menilai ucapan dangan perbuatannya, maka dia akan sedikit bicara dalam hal yang tidak berguna bagi dirinya."
Dan di dalam Tafsir Ibn- Kathir dalam riwayat daripada Imam Malik menyebut dalam kitabnya Muwatta' bahawa sampai kepadanya keterangan bahawa seseorang bertanya kepada Luqman al-Hakim "apakah yanag menyebabkan engkau mencapai darjat yang kami saksikan sekarang?" dan jawab Luqman "berkata benar, menunaikan amanah dan meninggalkan apa sahaja yang tidak bermanfaat bagi diriku."
antara sifat muslim yang baik adalah:
- menggunakan waktu dengan bermanfaat.
- menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia. (al-Qaaf : 18)
menyibukkan diri dangan perkara yang sia-sia adalah pertanda lemahnya iman seseorang. mencampuri urusan orang lain akan mengakibatkan perpecahan dan pertikaian antara manusia.
untuk huraian lanjut: HERE & HERE
REFERENCE: ZAHAZAN, M. MUHAMMAD, Z., HADIS 40 IMAM NAWAWI.
No comments:
Post a Comment