MALU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
عَنْ أَبِي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِي الْبَدْرِي رَضِيَ الله
عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ
.النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى، إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
(رواه البخاري)
MAKSUDNYA:
"Sesunguhnya sebahagian daripada apa yang telah diketahui manusia
daripada ungkapan kenabian yang terdahulu adalah: jika engkau tidak
malu, buatlah apa yang kamu suka."
(Riwayat Bukhari)
- Malu merupakan salah satu cabang kepada iman
- Malu juga merupakan akhlak para nabi Allah.
- Malu merupakan landasan kepada akhlak-akhlak mulia dan selalu akan membawa kepada kebaikan. Siapa yang banyak rasa malunya maka lebih banyaklah kebaikannya, dan siapa yang sedikit rasa malunya semakin sedikitlah kebaikannya.
Sabda Rasulullah SAW .... jika engkau tidak malu, buatlah apa yang kamu suka."
Mengandungi dua pengertian:
Pertama:
Sebagai ancaman dan peringatan keras =
ini kerana mereka telah diajar apa yang harus dilakukan dan apa yang harus ditinggalkan.
Kedua:
Sebagai pilihan =
pilihan antara perkara itu hendak dilakukan ataupun tidak. jesteru, sifat malu boleh dijadikan benteng dari melakukan perkara-perkara maksiat.
Sifat malu yang digalakkan
- malu melakukan perbuatan keji dan mungkar
- malu yang didorong kerana iman.
Sifat malu yang dicela
- yang tidak menepati syarak
- malu untuk bertanya (beribadat dalam keadaan jahil)
“Dan Allah tidak malu dari kebenaran” (Al-Ahzab: 53).
untuk huraian lanjut: HERE.
REFERENCE: ZAHAZAN, M. MUHAMMAD, Z., HADIS 40 IMAM NAWAWI.
No comments:
Post a Comment