"Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: 'hiduplah
engkaudidunia seolah-olah orang asing atau pengembara'. Ibn' Umar
pernah berkata: jika engkau berada di waktu petang; janganlah menunggu
waktu pagi. dan jika engkau berada di waktu pagi; janganlah menunggu
waktu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum sakit, dan waktu
hidupmu sebelum mati".
(Riwayat Bukhari)
Imam Abul Hasan 'Ali bin Khalaf dalam Syarah Bukhari berkata bahawa Abu Zinad
berkata:
"hadis ini mengajurkan agar bergaul secara sedikit dan sedikit berkumpul dengan orang-orang awam serta bersikap zuhud kepada dunia".
orang asing = biasanya jarang berkumpul dan bergaul dengan orang lain.
pengembara = hanya membawa barang keperluan untuk mencapai tujuannya.
Hal ini menunjukan bahawa sikap zuhud terhadap dunia diperlukan untuk mencegah kegagalan dan mencapai kejayaan.
Seperti sang pengembara yang membawa barang keperluan sekadarnya sehingga dia sampai ke tempat dituju, begitu juga mukmin dalam kehidupan dunia, perlu membawa bekal yang "sepatutnya" ke akhirat kelak.
Seterusnya, gunakanlah kesempatan masa yang ada dengan sebaiknya. janganlah ditangguh kerja yang boleh disiapkan serta-merta.
Rasulullah ada bersabda:
"manfaatkan lima perkara sebelum datangnya lima perkara: muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, dan hidup sebelum mati."
No comments:
Post a Comment