MENGUBAH KEMUNGKARAN





    عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ
اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً, فَلْيُغَيِّرْهُ
 ,بِيَدِهِ, فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ
.وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

(رواه مسلم)

MAKSUDNYA:
"Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah 
dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan 
lisannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah 
selemah-lemah iman."
(Riwayat Muslim) 

Amar makruf (berbuat kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) 
merupakan perkara fardhu atau wajib kifayah.

Jika sebilangan diantara penduduk sesuatu kawasan atau kariah telah menjalankan 
kewajipan tersebut (yakni berbuat baik dan mencegah kemungkaran), maka terlepaslah 
penduduk yang lain akan tanggungjawab tersebut.

Sebaliknya, jika semua penduduk meninggalkannya, maka berdosalah semua yang 
mampu melakukannya kecuali bagi yang uzur.

Dan ada ketika, amar makruf nahi mungkar ini menjadi wajib 'ain (yakni wajib keatas 
seseorang individu). sebagai contoh, jika ada di suatu kawasan itu, tidak ada yang 
mengetahui kemungkaran yang terjadi kecuali dia atau kemungkaran itu hanya boleh 
dicegah oleh orang tersebut maka jatuh hukum wajib 'ain keatas dirinya untuk mencegah 
kemungkaran yang terjadi itu.

Kewajiban mengubah kemungkaran adalah tanggungjawab orang yang melihat 
kemungkaran tersebut.

berdasarkan hadis diatas:
  1. Mengubah dengan tangan. 
      •  mungubah dengan kuasa yang ada pada seseorang.
      • bukan dengan menggunakan kekerasan yang boleh membawa kepada pergaduhan atau berlakunya pertumpahan darah.

     2.  Mengubah dengan lisan.
      • jika tidak mampu diubah dengan kuasa.
      • mengubah  dengan kata-kata, dakwah dan tunjuk ajar.

     3.  Mengubah dengan hati. 

      • peringkat terakhir.
      •  tidak bersetuju dengan kemungkaran yang berlaku.

      • menentang dan membenci kemungkaran yang berlaku.
      • selemah-lemah iman.

untuk huraian lanjut: HERE.
REFERENCE: ZAHAZAN, M. MUHAMMAD, Z., HADIS 40 IMAM NAWAWI.



No comments:

Post a Comment