KEBAIKAN PADA SEMUA PERKARA (IHSAN)





عَنْ أَبِي یَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ الله عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ 
وَسَلَّم قَالَ:  إِ نَّ الله كتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كلَّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا 
.الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ, وَلْيُحِدَّ أَحَدُكمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِح ذَبِيْحَتَهُ
(رواه مسلم)

MAKSUDNYA: 
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan Ihsan (kebaikan) keatas semua 
perkara. kerana itu, jika engkau membunuh (dalam peperangan), bunuhlah 
dengan baik. jika kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik. dan 
hendaklah seorang daripada kamu menajamkan pisaunya dan 
menyenangkan (tidak menyiksa) haiwan sembelihannya."
(Riwayat Muslim) 


 Ihsan dapat dibahagikan kepada dua hal (makna):
  1.  Melakukan sesuatu perkara seolah-olah seseorang itu melihat Allah atau seolah-olah Allah melihat setiap perbuatan hambanya. 
  2.  Melakukan sesuatu perkara dengan kaedah atau cara terbaik.

 maksud Ihsan berdasarkan hadis di atas ialah melakukan sesuatu perkara dengan kaedah atau cara terbaik, Rasulullah telah mendatangkan dua contoh:

Contoh 1: Hukuman bunuh.
 perlakuan ihsan dalam menjalankan hukuman bunuh ialah
  •  tiada unsur penganiayaan
  • menyegerakan hukuman (kematian). 
  •  menjalankan hukuman dengan memancung tengkuk dan alat pancung (seperti pedang) mestilah ditajamkan terlebih dahulu. 
  • hukuman tidak dilakukan dengan tembakan kerana tembakan melambatkan kematian dan menyebabkan kesakitan dan penyiksaan.


Contoh 2 : Penyembelihan
 perlakuan ihsan dalam proses penyembelihan ialah
  • tidak menyembelih haiwan yang sedang menyusu. 
  • menyegeraan kematian
  • menggunakan mata pisau yang benar-benar tajam. 
  • merebahkan haiwan sembelihan di tempat yang rata secara berhemah dan tidak menyeretnya.
  •  mengadap kiblat, membaca basmalah dan hamdallah. 
  • membiarkannya sehingga mati baru disiang dan dilapah.

untuk huraian lanjutHERE & HERE.
REFERENCE: ZAHAZAN, M. MUHAMMAD, Z., HADIS 40 IMAM NAWAWI.



No comments:

Post a Comment