YANG HALAL DAN YANG HARAM
عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعمَان بْنُ بَشِير رَضِيَ الله عَنهُمَا قال: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ
,صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ, وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ
وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَن اتَّقَى الشُّبُهَاتِ
فَقَد اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ; وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَرَاعٍ
.يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْه, أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى
أَلاَ وإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً: إِذَا صَلَحَتْ, صَلَح
.الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ; فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ القَلْبُ
(رواه البخاري ومسلم)
MAKSUDNYA:
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan haram itu juga jelas, dan diantara kedua-
duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah). Kebanyakan manusia
tidak mengetahuinya, maka sesiapa yang menjaga dirikan daripada yang syubhah
itu, bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatanya. sesiapa yang
melakukan perkara syubhah itu dia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram;
seperti penggembala yang berada disekeliling batas tanah gembalaan milik orang
(tanah larangan), lamabat laun dia akan masuk ke dalamnya (dalam tanah
larangan). ingatlah, bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah, bahawa
larangan Allah adalah apa-apa yang dihakankan-Nya. Ingatlah, bahawa dalam
jasad itu ada segumpal daging. jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. jika ia
rosak, rosaklah jasad seluruhnya. ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah
hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian:
Yang Halal:
Tidak dilarang dan terang hukumnya. seperti:
- memakan makanan daripada bijian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang Halal.
- minum air seperti susu dan segala yang tidak terlarang.
- memakai pakaian dari benang atau bulu yang tidak terlarang.
- bekerja dari jalan yang dibenarkan.
Yang Haram
Dilarang serta jelas hukumnya. seperti:
- memakan bangkai, daging khinzir
- meminum minuman yang memabukkan seperti arak.
- mendedahkan aurat, memakai pakaian sutera bagi lelaki atau kasut kulit khinzir.
- berusaha mencari rezeki daripada pekerjaan haram seperti merompak, menipu atau menjadi pelacur.
Yang Syubhah
Perkara yang samar. tidak jelas samada halal atau haram.
terbahagi kepada 3:
PERTAMA
sesuatu yang diketahui manusia akan hukum haramnya tetapi orang itu ragu tentang haram atau tidak. seperti : memakan daging yang tidak diketahui cara sembelihnya. maka haiwan semacam ini haram kecuali terbukti haiwan ini disembelih dengan cara yang benar.
KEDUA
sesuatu yang halal tetapi masih diragukan kepastian halalnya. seperti: seorang lelaki yang mempunyai isteri, namun ragu-ragu adakah dia menjatuhkan talak keatas isterinya atau tidak atau adakah isterinya seorang hamba atau perempuan yang sudah dimerdekakan. hal sebegini pada dasrnya adalah harus sehingga diketahui dengan pasti akan haramnya.
KETIGA
seseorang yang ragu-ragu tentang sesuatu dan tidak tahu adakah hal itu halal atau haram. dan tiada petunjuk yang kuat pada salah satunya. hal seperti ini lebih baik dijauhi sebagaimana Nabi SAW telah lakukan pada kes kurma yang ditemui di rumah baginda.
sabda baginda: "kalau aku tidak takut kurma ini daripada barangan zakat, nescaya aku akan makan. "
untuk huraian lanjut: HERE
REFERENCE: ZAHAZAN, M. MUHAMMAD, Z., HADIS 40 IMAM NAWAWI.
No comments:
Post a Comment